Sabtu, 26 Mac 2011

cubalah...

Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.















 Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.


hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak normla la korang maknanya

suami yang adil...

Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing. Jenab berkata, Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi keluargamu. 

Lalu dengan selamba Ramli menjawab, Salah tu ..., buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri.

diskaun...

Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.

"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

"Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim.

"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang. "Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim."

"??@#$!!&##!!"

pertengkaran...

Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

Amat: "Ya betul..."

Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"

Amat: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."

Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"

Amat: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Pian: "@#$!%^&%"

sumbangan

Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.

Tok Penghulu: Selamat pagi En. Lamin.

En Lamin: Selamat pagi, ada apa Tok .. pagi-pagi datang ke mari....?

Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya En. Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. En. Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masaalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil.. bagi kemajuan kampung ini.

En Lamin: Aduh tok adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?

Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..

En Lamin: Apa Tok tau juga kalau saudara saya itu seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perawatan?

Tok Penghulu: Kalau begitu.. saya minta maaf.
(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah)

En Lamin: Apa tok juga tau kalau suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anak nya tanpa harta dan warisan?

Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).

En Lamin: Jadi,...pendek kata... mereka ajer tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.

lelaki tua

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"

"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.

"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?

"Dua puluh empat."

isteriku

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.

Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..."

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah " Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang..."

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. "Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang .... ayang masih di sisi abang.

"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah kuat...

Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS KAU SEKARANG!!